Cara Merawat dan Melatih Burung Cockatiel / Palek

Cara Merawat dan Melatih Burung Cockatiel / Palek - Buat pecinta burung paru bengkok palek atau bisa di sebut burung Cockatiel ini memang sangat pintar sekali apakah untuk ketangkasan dan juga suara yang bisa menirukan apa yang kita ajarkan untuk burung ini. Dan pastinya banyak sekali kehebatan burung cockatiel ini.

Burung Cockatiel ini dari negara Australia yang saat ini menjadi salah satu kebanggan banyak orang indonesia untuk budidaya burung palek tersebut, perkembangan atau penangkaran Burung Cockatiel ini sudah banyak yang melakukan sehingga harga burung Palek / Cockatiel ini mudah sekali di temukan di Indonesia, karena memang sangat menguntungkan sekali kalau orang melakukan penangkaran karena harganya semakin melonjak untuk tahun ini.


Untuk melatih burung Palek memang agak susah loh..hanya orang yang sabar melatih setiap hari pastinya mereka akan bisa menaklukan burung cockatiel tersebut, kalau anda sudah menaklukan burung yang satu ini maka kehebatannya akan terlihat dengan sangat jelas sekali hehe..

Di bawah ini tips cara merawat dan melatih burung cockatiel / palek tersebut.


Cara Melatih Menjinakan Burung Cockatiel

Dalam usaha anda untuk melatih berbagi tricks  kepandaian cockatiel / palek,  pertama adalah  mengajar burung anda menjadi jinak. Burung yang jinak tidak akan menggigit anda dan akan mendengar arahan anda dengan lebih mudah. Cockatiels  akan menggigit apabila mereka rasa terancam atau dalam bahaya. Cockatiel anda mesti belajar dan tahu bahawa anda tidak menjejaskan atau memberi bahaya kepadanya.

Dibawah ini tips untuk menjinakan burung palek :

1.       Letakkan tangan anda ke dalam sangkar dan coba memegang ia dari sana. Anda mungkin ingin mencoba pada permulaanya dengan  memakai sarung tangan untuk mengantisipasi kecederaaan pada kulit tangan anda. Karena paruh Cockatiel sangat tajam sekali. Teknik ini akan bisa membuat burung palek lebih mengenal tangan anda.

2.       Setelah burung cockatiel tersebut sudah merasa terbiasa pada tangan anda maka anda bisa perlahan untuk mendekatkan tangan anda di bawah kaki cockatiel tersebut, pastikan burung cockatiel anda bisa menangkring di tangan anda.

3.        Misalkan burung cockatiel tersebut tidak mau menangkring ditangan anda malah burung tersebut terbang kesana kemari di sangkar maka anda bisa keluarkan tangan anda supaya burung tersebut tenang kembali dan menangkring di pijakan. Kamu bisa ulangi lagi hingga burung tersebut bisa nangkring di tangan anda. Dan biasakan melakukan hal itu setiap hari supaya burung cockatiel tersebut sangat nyaman di tangan anda.

Penggunaan Perch Untuk Burung Cockatiel atau Palek :

Apabila  burung  Cockatiel telah sepenuhnya mengenali anda dan tidak lagi menganggap anda sebagai pemangsa atau ancaman baginya, pelajaran seterusnya boleh bermula dengan melatih burung  untuk bergerak dari jari anda dan kembali kepada perch. Perch adalah istilah yang digunakan bagi binaan daripada rod,batang atau ranting yang digunakan untuk burung bertengger.

Pegang jari anda di sebelah  perch dalam membuat langkah awal dalam menggalakkan burung Cockatiels anda melangkah turun ke perch.Anda mungkin juga boleh menolak perlahan dengan jari sedikit untuk memaksa Cockatiels melangkah.

Semasa membuat pergerakan itu anda boleh mula menggunakan perkataan perintah. Seperti orang mengatakan "up" atau "down"  dan ada juga yang membuat bunyi-bunyi tertentu dalam memberi arahan atau sinyal supaya burung cockatiel tersebut terbiasa dengan perintah anda.

Sikap Dalam Melatih Cockatiel / Palek
 Perkara-perkara yang paling penting untuk anda ingati apabila melatih Cockatiels anda adalah seperti berikut:

1.       Gunakan kasih sayang atau treats(upah makanan) sebagai ganjaran.
2.       Memanggil burung dengan namanya pada bila-bila masa anda berada berhampiran dengannya ( ia itu ketika membersihkan sangkar , memberi makan, dan sebagainya) untuk mengajar ia mengetahui namanya apabila dipanggil nanti.
3.       Ingat bahawa KESABARAN, kebaikan dan proses pengulangan adalah kunci kepada kejayaan latihan Cockatiels anda.
4.       Sentiasa memuji burung  apabila dia melakukan apa yang anda mahu dan arahkan.
5.       Berlatih di tempat yang tenang dan bebas daripada gangguan.
6.       Sentiasa menggunakan pendekatan yang positif.
7.       Pastikan sesi latihan pendek,ini bagi memberikan masa untuk burung anda berehat.
8.       Bercakap perlahan-lahan dan JANGAN menengking burung atau menggunakan kelakuan agresif, perlakuan negatif daripada anda akan hanya  membuat sesi latihan lebih sukar kerana burung akan kehilangan kepercayaan pada diri anda.

Jika ingin memiliki burung Cockatiel yang bijak dalam melakukan berbagai aksi anda melatih terus bermotivasi dan mempunyai kesabaran. Selama latihan awal mengambil  sedikit masa yang lama, untuk mempunyai burung yang hebat, putus asa bukanlah jawapannya.

Clicker Sebagi Alat Bantu Burung Cockatiel / Palek

Setelah Cockatiel anda telah menguasai tricks sikap, anda boleh mula melatih dia untuk melakukan tricks yang lebih sulit lagi. Cockatiel boleh mempelajari bagaimana untuk mengambil benda-benda kecil, meletakkan bola dalam gelung bola keranjang, berjabat salam, melambai menggunakan kakinya, mengepak sayap apabila disuruh,terbang ke arah tuannya apabila dipanggil dan berbagi lagi.

Satu lagi perkara yang boleh membantu dalam melatih Cockatiel anda adalah menggunakan alat yang dikenali sebagai Clicker.  Clicker adalah peranti kecil yang dibuat daripada plastik dan logam yang berharga  lebih kurang RM 5.00. Latihan clicker adalah berkesan kerana bunyi klik yang cepat itu  membolehkan burung anda tahu yang anda mengiktiraf bahawa apa yang dia lakukan adalah baik.Ini adalah kerana setelah ia mendengar klik  kemudian menerima ganjaran seperti ciuman atau treats. Burung Cockatiels akan mula mengaitkan bunyi klik dengan pemberiaan ganjaran sekaligus menggalakannya melakukan aksi mengikut arahan.

Langkah pertama dalam menggunakan Clicker adalah  mengajar burung anda apakah maksud bunyi klik . Setiap kali anda bunyikan Clicker, beri ganjaran kepadanya. Setelah membuat perkara ini berulang ulang kali dalam beberapa sesi latihan, burung Cockatiel akan memahami bahawa bunyi itu boleh dikaitkan dengan mendapat ganjaran.
Setelah burung Cockatiel telah biasa dengan bunyi Clicker itu anda boleh mengubah dengan mula membunyikannya apabila ia melakukan sesuatu yang mengikut arahan . Contoh latihan yang boleh dibuat:

1.       Pertama, tunjukkan apa yang anda mahu ia lakukan. Cockatiels akan cuba meniru anda. Jika anda mahu ia mengepak sayap pada setiap kali anda menyebut perkataan “wings”, anda mestilah menunjukkan bagaimana untuk melakukannya dengan menolak perlahan dengan jari terhadap sayapnya(ada lebih daripada satu teknik latihan untuk mengajar membuat tricks ini)
2.       Kemudian, ulangi tindakan itu dan membuat bunyi klik setiap kali ia melakukannya.
3.       Selepas Cockatiels mampu melakukan aksi tersebut setiap kali mendengar arahan,buat bunyi klik dan tawarkan ganjaran.

Beberapa perkara yang perlu diingati mengenai latihan Clicker:

1.       Tunggu untuk burung anda habis makan treats( sekiranya anda memberi upah makanan) yang diberi sebelum melakukan aksi yang seterusnya.
2.       Jangan biarkan dia melihat atau menikmati treats sehingga anda membuat bunyi klik.
3.       Memberi upah ganjaran di tempat yang sama setiap kali (iaitu di tapak tangan anda atau di atas meja).
Anda juga boleh sahaja menjadi lebih kreatif dengan mengklik pen mata bola  atau membuat bunyi klik dengan menggunakan lidah anda daripada membeli clicker sebenar. Asal sahaja bunyi itu dapat dikaitkan dengan tindakannya yang betul serta upah ganjaran yang akan didapatinya apa sahaja medium boleh digunakan.

Dengan cara yang anda diatas maka anda bisa melakukan aktifitas untuk burung cockatiel anda setiap hari dan teruslah anda melatih dengan lebih rumit lagi supaya lebih pintar lagi burung palek anda. Kalau burung cockatiel anda bisa semua maka kepuasan anda pasti sangat menyenangkan sekali, dan kalau anda ingin menjual burung tersebut maka burung tersebut akan sangat mahal sekali di pasaran sobat.

Terima kasih atas kunjungan anda di blog tips merawat burung dan harga burung pastinya kami akan selalu update setiap harinya untuk pembaca kicau mania.

Comments